Punca Perubahan Mendadak Bekas Tunang Mawi, Ina Naim



#Perubahan Mendadak Bekas Tunang Mawi, Ina Naim.. Bekas tunang Mawi, Ina Naim sudah pun bahagia bersama suaminya dan kini telah dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata yang sangat comel.

Bekas #penyanyi itu kini tampil dengan imej purdah sejak empat bulan lalu selepas diminta suaminya yang juga penyanyi nasyid iaitu Mohd Suhaimi Saad.



Pemilik nama Nordiana Md. Naim menyatakan pada mulanya dia kurang selesa dengan imej itu tetapi selepas hampir empat bulan memakainya, dia sudah mula serasi dan tidak bermasalah dalam melakukan segala aktiviti harian.

“Alhamdulillah saya sudah pun melalui fasa baharu dalam hidup sebagai umat Islam. Lagipun hukum berpurdah itu sunat dan apabila suami meminta saya untuk berubah imej, saya akur. Kiranya saya lakukan ini semua kerana Allah dan suami,” katanya.




0 Response to "Punca Perubahan Mendadak Bekas Tunang Mawi, Ina Naim"

Post a Comment