Jaundice adalah perkataan yang berasal dari Perancis ‘jaune yang bermaksud ‘kuning’. Warna kulit bayi akan kekuningan disebabkan kandungan billirubin yang tinggi. Billirubin adalah partikel yang terhasil daripada sel darah merah manusia yang telah terurai (kerana mati). Billirubin merupakan partikel tidak larut air dan ia akan dihantar ke hati untuk diubah menjadi partikel larut air. Billirubin akan disingkirkan oleh badan melalui sistem perkumuhan. Sebahagian akan dibuang bersama najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuningan). Sebahagian lain nya pula akan disingkirkan melalui air kencing (menyebabkan air kencing bewarna kuning pekat).
Apakah Punca Demam Kuning Di Kalangan Bayi Baru Lahir?
Saya pernah mendengar mitos apabila bayi terkena penyakit kuning, ibu pula dituduh gemar memakai pakaian berwarna kuning semasa hamil. Maka ramailah ibu-ibu yang mengelak dari memakai sebarang pakaian berwarna kuning tetapi anak masih terkena demam kuning. Misteri kan?
Sebenarnya ada 2 sebab utama penyakit ini iaitu :
1. SEL DARAH MERAH BAYI (FETAL HEMOGLOBIN)
Kajian menunjukkan bahawa sel darah merah bayi adalah berbeza dari sel darah orang dewasa. Jangka hayatnya adalah pendek dan mudah terurai. BIlangannya pula lebih banyak dari biasa. Oleh itu, kadar billirubin akan meningkat pada hari ketiga akibat kadar penguraian billirubin yang tinggi.
2.HATI BAYI
Sesetengah bayi, hati mereka belum cukup matang dan ini menyukarkan proses penukaran billirubin tidak larut air kepada partikel yang larut air. Bayi pra matang mempunyai risiko demam kuning yang lebih tinggi iaitu 80% lebih cenderung berbanding bayi biasa.
Apakah Punca Lain Yang Menyebabkan Jaundice?
Selalunya bayi akan kelihatan kekuningan bermula pada hari ketiga disebabkan oleh pelbagai punca. Namun begitu, sekiranya demam kuning datang terlalu awal sebagai contoh pada hari pertama, bayi mungkin mengalami kecacatan semasa lahir iaitu pundi hempedu tersumbat (biliria atresia).
Antara punca lain ialah:
1.Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis)
2.Jangkitan virus seperti Rubella atau Toxoplasma
3.Trauma di kepala kerana kelahiran secara vacuum atau forceps
4.Masalah tidak serasi dengan darah ibu (Coombs Positive)
5.Hormon tiriod yang rendah (Hypothyrodism)
6.Masalah dengan enzim darah sel darah merah (G6PD)
7.Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, Dubin Johnson)
8.Kuning disebabkan oleh susu ibu (Sekiranya setelah semua penyebab diatas dikenalpasti negatif)
Namun begitu, tahap kesihatan ibu semasa hamil juga mampu memberi risiko kuning kepada bayi.Ini biasanya berlaku pada bayi dilahirkan ibu yang mengalami masalah :
1.Kencing manis atau diabetis
2.Jangkitan kuman semasa hamil
3.Jenis darah yang berbeza antara ibu dan anak. Biasanya risiko lebih tinggi sekiranya salah seorang mempunyai darah jenis O.
Adakah Demam Kuning atau Jaundis ini merbahaya?
Sangat bahaya! Kadar serum billirubin yang tinggi akan menyebabkan kernicterus. Ia adalah suatu keadaan di mana billirubin yang tidak larut akan menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang.
Autopsi (pembedahan) menunjukkan otak bayi yang meninggal dunia disebabkan kernicterus berwarna kuning!Kernicterus dikaitkan dengan kadar kematian yang tinggi. Sekiranya selamat pun akan menyebabkan bayi menjadi cacat kekal seperti lumpuh, pekak atau buta.
Tips Bagi Ibu Hamil Dan Bakal Ibu Bagi Mengelak Risiko Bayi Jaundice/Demam Kuning.
1.Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari iaitu pagi semasa sarapan dan malam sebelum tidur.
2.Mengamalkan minuman jus delima (pati) sekurang-kurangnya 500ml sehari.
3.Mengambil kurma sebagai sarapan setiap hari Mengamalkan madu 3-5 sudu sehari.Tiada masalah bagi mereka yang mengalami kencing manis semasa hamil malah madu salah satu terapi untuk kencing manis.
4.Mengamalkan buah tin sekurang-kurangnya 3 hari sekali.
5.Menelan minyak zaitun apabila usia janin mencecah 5 bulan ke atas.
6.Mengamalkan selawat dan berdoa.
Untuk pengetahuan semua,mengamalkan MADU LEBAH adalah sangat baik kerana madu lebah adalah vaksin semulajadi yang sangat baik untuk tubuh badan kita.
Apakah Kaedah Secara Semulajadi Yang Boleh Dilakukan Sekiranya Bayi Terkena Demam Kuning?
1.Susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat demam kuning. Ibu yang menyusukan bayi digalakkan untuk mengamalkan madu 1-3 sudu sehari dan kurma. Hal ini bagi memastikan kualiti susu ibu dari kurma dan madu yang merupakan gabungan yang baik untuk mengurangkan demam kuning.
2.Titiskan susu kambing segar kedalam mulut bayi yang terkena demam kuning.
3.Menjemur bayi semasa waktu dhuha (8.00 pagi – 9.30 pagi). Elakkan dari menjemur bayi lebih dari waktu itu kerana kulit bayi yang nipis dan kurang pelindungan mungkin tidak dapat menahan kepanasan cahaya matahari tersebut.
4. Beri bayi menghisap madu dari hujung jari ibu dan ayahnya.(Petua ini tidak tertakluk kepada penyakit demam kuning sahaja malah baik juga kepada bayi yang tiada sebarang masalah).
5.Membuat urutan lembut di sebelah atas kening bayi dari bahagian ke luar hujung mata sambil berselawat atau bertasbih paling kurang 7 kali setiap pagi. Hal ini bagi mengelak kuning dari naik ke kepala dan menyebabkan sawan.
Diatas antara ikhtiar dan usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa sekiranya anak terkena demam kuning. Selain itu, bagi mengelak jaundice, ibu hamil juga disarankan atau wajib mengelak dari mengambil makanan yang mengandungi pewarna dan perisa tiruan serta makanan segera seperti jajan. Banyakkan makanan semulajadi seperti buah dan sayur-sayuran. Nutrient yang mencukupi bagi ibu hamil mampu mengurangkan risiko bayi kuning.
Sekian sahaja perkongsian saya buat entry kali ini...;)
0 Response to "JAUNDICE ATAU DEMAM KUNING"
Post a Comment