Bahan-bahannya:
2 Biji bawang besar
4 Biji cili merah
10 Biji cili kering
2 Inci lengkuas
4 Batang serai
2 Sudu udang kering
6 Helai daun limau purut
2 Inci belacan (dibakar)
Air asam jawa, gula & garam
Cara-caranya:
1. Kisar kesemua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula bersama sedikit air.
2. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga pecah minyak
dan menjadi pes.
4. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Perencah boleh disimpan dalam peti sejuk.
P/s:Boleh digunakan utk menu Bihun Goreng Tomyam dan Nasi Goreng Tomyam.
0 Response to "RESEPI HOMEMADE PES TOMYAM"
Post a Comment